LEWANDOWSKI (kanan) meraikan jaringan ketiganya bersama rakan sepasukan. FOTO EPA
LEWANDOWSKI (kanan) meraikan jaringan ketiganya bersama rakan sepasukan. FOTO EPA
AFP

Berlin: Kapten Bayern Munich, Manuel Neuer melabelkan Robert Lewandowski sebagai 'mesin gol' selepas penyerang Poland itu meledak hatrik untuk meraih gol peribadi ke-300 pada saingan Bundesliga ketika menewaskan Cologne 4-0, hari ini.

Juara bertahan itu kembali mempunyai kelebihan enam mata selepas Borussia Dortmund berjaya mengecilkan jurang selepas menewaskan Freiburg 5-1, semalam.

Bayern yang hampir mempunyai barisan pemain terkuat selepas sembilan pemain tidak beraksi akibat positif Covid-19 ketika tewas di tempat sendiri kepada Borussia Moenchengladbach, mendahului 2-0 menerusi gol sumbangan Lewandowski and Corentin Tolisso.

"Selepas tewas kepada Moenchengladbach, adalah amat penting untuk kami meraih mata pada tahun ini," kata Neuer kepada Sky Sport.

Lewandowski meraih gol ke-300 selepas menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua dengan kedua-dua jaringan itu dibantu oleh pemain gantian, Leroy Sane.

Hanya legenda Bayern dan Jerman Barat, Gerd Mueller yang meninggal dunia tahun lalu, muncul penjaring terbanyak di Bundesliga dengan 365 gol.

"Kami sangat gembira dan bertuah mempunyai Robert dalam pasukan ini. Dia mesin gol di barisan depan," kata Neuer.

Lewandowski sudah menjaringkan 15 gol daripada 19 perlawanan liga dan di landasan tepat untuk memecahkan rekodnya sendiri iaitu 41 gol semusim pada saingan Bundesliga.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 January 2022 @ 8:17 AM