Aksi penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski (tengah) menentang Salzburg dalam saingan Liga Juara-Juara. FOTO AFP
Aksi penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski (tengah) menentang Salzburg dalam saingan Liga Juara-Juara. FOTO AFP
AFP

Berlin: Penjaring terbanyak liga Jerman, Robert Lewandowski boleh melakukan penampilan ke-200 Bundesliga buat Bayern Munich awal pagi Ahad ini di FC Union, tempat kelab pendahulu Jerman itu bergelut sebelum ini.

Lewandowski boleh meraih dua pencapaian hebat di Berlin ketika dia juga hanya kurang dua gol daripada 250 jaringan Bundesliga untuk Bayern dan bekas kelabnya, Dortmund.

Lewandowski mengalami kecederaan kaki hingga menyebabkan dia tidak beraksi pada Liga Juara-Juara awal pagi Khamis lalu ketika menang 2-0 ke atas Lokomotiv Moscow dengan juara bertahan itu sudah mara ke kelompok 16 terakhir selaku juara kumpulan.

"Saya jangka dia sudah 100 peratus cergas," kata jurulatih Bayern, Hansi Flick sebelum ke Berlin.

Lewandowski, penjaring terbanyak Bundesliga sejak tiga musim lalu, kini sekali lagi mendahului senarai jaringan dengan 12 gol.

Dua pencabar terdekatnya, penyerang Dortmund, Erling Braut Haaland meledak 10 gol manakala pemain Leverkusen, Lucas Alario tujuh gol - diketepikan kerana kecederaan akibat jadual padat musim ini.

Bayern memiliki kelebihan tipis di puncak liga dengan hanya satu mata di depan Bayer Leverkusen, yang akan ditentang mereka minggu depan.

Lapan kemenangan dicatat Union pada perlawanan sebelum ini berakhir Jumaat lalu dengan kekalahan aksi setempat 1-3 di Hertha Berlin.

Lebih memburukkan keadaan penjaring terbanyak Union, Max Kruse yang meledak lima gol dan empat bantuan gol pada November, tersisih aksi berdepan Bayern akibat kecederaan hamstring.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Disember 2020 @ 10:56 AM