Robert Lewandowski lebar rekod jaringan dalam saingan Bundesliga. FOTO AFP
Robert Lewandowski lebar rekod jaringan dalam saingan Bundesliga. FOTO AFP
AFP

Berlin: Robert Lewandowski melebarkan rekod jaringan Bundesliga kepada 10 gol dalam lima perlawanan pertama musim ini selepas meledak hatrik ketika Bayern Munich menewaskan Eintracht Frankfurt 5-0.

"Saya harap dapat mengekalkan prestasi ini untuk tempoh yang lama - tanpa mengira siapa lawan kami, kami sentiasa mahu menunjukkan bola sepak terbaik kami, kami mahu sentiasa menang," kata Lewandowski.

Lewandowski sudah meledak sembilan gol dalam tiga perlawanan terakhir Bundesliga dan melengkapkan hatriknya dalam tempoh sejam di Allianz Arena.

Juara bertahan Bayern mengumpul 22 gol musim ini - 10 melebihi pendahulu liga RB Leipzig yang kekal di puncak selepas kemenangan 2-1 ke atas Hertha Berlin.

Bayern ketinggalan satu mata di tangga kedua, mengumpul 12 mata menyamai Borussia Dortmund di tangga ketiga selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Schalke dengan gol dihasilkan oleh Manuel Akanji, Erling Braut Haaland dan Mats Hummels.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2020 @ 10:57 AM