Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane jadi sasaran City. FOTO Agensi
Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane jadi sasaran City. FOTO Agensi
Agensi

London: Pendahulu Liga Perdana, Manchester City dilaporkan mempunyai bajet sekitar £150 juta (RM843 juta) pada jendela perpindahan bulan ini.

Skuad The Citizens sudahpun menambah dana pada bulan ini, susulan pengesahan untuk Ferran Torres sekitar £46.3 juta (RM260 juta) menyaksikan perpindahan semula ke Sepanyol bersama Barcelona.

Pep Guardiola dikaitkan mahu menandatangani penyerang baharu sejak beberapa bulan lalu dan dengan kekurangan satu tempat penyerang menjadi perpindahan berpotensi dapat dilaksanakan bulan ini.

Menurut laporan Manchester Evening News, penjualan Torres bermakna bajet perpindahan City meningkat dari £84 juta (RM472.4 juta) kepada sekitar £150 juta (RM843.5 juta)

Bintang Tottenham Hotspur, Harry Kane kekal menjadi sasaran utama Guardiola sementara sensasi Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland dan pemain Fiorentina, Dusan Vlahovic antara beberapa nama yang dikaitkan dengan kelab itu.

Seperti mana penjualan pada pertengahan musim membabitkan Torres, Angelino akan menyertai RB Leipzig pada musim panas, Jack Harrison ke Leeds United dan Lukas Nmecha ke Wolfsburg dengan jumlah yang terhitung keseluruhan £34.92 juta (RM196.5 juta) menurut transfermarkt, sekali gus memberi lebih dana buat juara liga utama Inggeris itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 January 2022 @ 10:45 PM