MIKEL Arteta. -FOTO AFP
MIKEL Arteta. -FOTO AFP
AFP

London: Pengurus Arsenal. Mikel Arteta meminta penjelasan mengenai peraturan penangguhan perlawanan kerana Covid-19 selepas pasukan liga Perdana diarahkan untuk kembali ke protokol kecemasan bagi membendung penularan virus itu.

Perlawanan Tottenham dalam Liga Conference Europa bertemu Rennes Khamis lalu ditunda selepas Spurs melaporkan seramai lapan pemain dan lima pegawai diuji positif.

Perlawanan esok membabitkan Brighton dan Tottenham turut ditangguhkan berikutan kebimbangan mengenai impak peningkatan varian Omicron dalam liga utama England.

Begitupun aksi Arsenal di Brentford pada hujung minggu pembukaan musim yang mana mereka tewas 0-2 diteruskan walaupun empat pemain daripada skuad Arteta diuji positif.

Ditanya sama ada beliau mahu ketua liga menetapkan jumlah kes yang boleh menyebabkan perlawanan ditangguhkan, Arteta berkata: "Saya rasa ia amat membantu."

"Saya rasa ia kerana anda tidak tahu bila anda akan bermain dan bila tidak, dan kami ada contoh mengenainya," katanya menjelang pertemuan Arsenal di laman sendiri berdepan Southampton.

"Keputusan perlu dibuat untuk melindungi pemain dan persekitaran, ini yang perlu dilakukan. Selepas itu kita perlu mengekalkan sebahagian kriteria jadi semua kelab bersaing boleh beraksi dalam keadaan yang sama."

Liga Perdana memaklumkan kepada 20 kelabnya untuk kembali kepada protokol di tempat latihan kepada "langkah kecemasan."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Disember 2021 @ 11:33 AM