Agensi

London: Penganjur Liga Perdana Inggeris (EPL) berkata sembilan pemain dan kakitangan kelab diuji positif Covid-19 sejak minggu lalu, sebelum bermulanya saingan musim baharu 2021-22.

Daripada dua pusingan yang dijalankan Liga Perdana menerusi 3,118 ujian antara 2 Ogos dan 8 Ogos mengesahkan terdapat sembilan kes baharu disahkan positif.

Pasukan yang berjaya ke liga utama musim ini, Brentford akan berdepan Arsenal bagi saingan musim baru, awal pagi Sabtu ini.

Liga Perdana akan mengekal program ujian yang dijalankan dua kali seminggu bagi membendung penularan wabak itu.

Musim ini lebih sukar kerana mereka akan menggunakan aliran ujian tetap yang dijalankan secara mingguan dan hanya mereka yang didapati positif perlu menjalani ujian PCR untuk pengesahan keputusan.

Perlawanan pra musim membabitkan beberapa kelab sudahpun terjejas kerana Covid-19.

Arsenal membatalkan sesi pra musim mereka ke Amerika Syarikat selepas beberapa kes positif malah Aston Villa, Manchester United dan Chelsea terpaksa membatalkan aksi persahabatan pra musim mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Ogos 2021 @ 5:48 PM