KEVIN De Bruyne. FOTO AFP
KEVIN De Bruyne. FOTO AFP
AFP

Tubize: Penyerang Manchester City, Kevin De Bruyne berkata cadangan untuk menganjurkan Piala Dunia setiap dua tahun 'bukanlah idea yang teruk'.

Cadangan itu dikemukakan oleh bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang menggalas tugas selaku ketua pembangunan bola sepak global Fifa.

Ia sudah mendapat kritikan hebat daripada Uefa dan Liga Perdana.

"Pada awal musim ini saya mengadakan pertemuan dengan Fifa dan Arsene Wenger yang menerangkan kepada kami apa mereka mahu lakukan," kata De Bruyne kepada agensi berita Belga.

"Untuk melakukannya, persekutuan dari semua negara, Uefa dan Fifa perlu menjalinkan kerjasama.

"Saya memberitahu mereka bahawa mereka perlu menentukan tempoh rehat sebenar untuk kami, pemain pada penghujung musim.

"Idea itu tidaklah terlalu teruk selagi setiap pihak dapat bekerjasama."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 November 2021 @ 9:27 AM