HERNANDEZ kembali menyambung latihan bersama Bayern walaupun baru pulang dari Madrid. FOTO AFP
HERNANDEZ kembali menyambung latihan bersama Bayern walaupun baru pulang dari Madrid. FOTO AFP
AFP

Munich: Pemain yang membawa Perancis muncul juara Piala Dunia, Lucas Hernandez bersedia untuk beraksi bersama Bayern Munich menentang Benfica Khamis ini dalam saingan Liga Juara-Juara walaupun dua hari selepas menghadiri perbicaraan di mahkamah di Madrid.

"Saya akan berbincang dengannya jika mengesan sesuatu yang pelik tapi itu tidak menjadi masalah.

"Dia memang sangat profesional, berlatih dengan baik dan akan memberi aksi terbaik esok (Khamis). Dia dapat membahagikan dua perkara dengan baik," kata jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann.

Sebelum itu, Hernandez kelihatan tenang ketika berlatih bersama skuad Bayern di Munich sehari selepas menghabiskan masa di Sepanyol.

Pemain berusia 25 tahun itu tampil di mahkamah di Madrid semalam, sehari lebih awal seperti dijangkakan dengan hukuman penjara selama enam bulan bakal menantinya.

Bayern mengesahkan tarikh untuk menghadiri ke mahkamah berkenaan dipercepatkan jadi Hernandez boleh bersama pasukan untuk ke Lisbon esok.

Hernandez ditahan empat tahun lalu kerana melanggar perintah mahkamah agar tidak berjumpa dengan teman wanitanya selepas berlaku pertengkaran besar di antara kedua mereka.

Dia sekarang ini mempunyai tempoh sehingga 28 Oktober untuk menjalani hukuman penjara secara sukarela namun sudah membuat rayuan yang membolehkan dia terlepas daripada menjalani hukuman berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Oktober 2021 @ 11:05 PM