HERNANDEZ melayan kerenah peminat ketika rehat sesi latihan Bayern di  Munich. - FOTO Reuters
HERNANDEZ melayan kerenah peminat ketika rehat sesi latihan Bayern di Munich. - FOTO Reuters
AFP

PEMAIN termahal Bayern Munich, Lucas Hernandez berlatih kali pertama bersama skuad hari ini, empat bulan selepas menjalani pembedahan lutut, menurut juara Bundesliga dalam laman web kelab.

Pemenang Piala Dunia bersama Perancis berusia 23 tahun itu belum lagi beraksi bersama Bayern sejak dibeli daripada Atletico Madrid dengan harga 80 juta euro (RM377 juta) pada Mac lalu.

Laporan perubatan menunjukkan dia mengalami kecederaan ligamen serius pada lutut kanan yang memerlukan pembedahan segera.

Hernandez dijangka tidak bersedia untuk aksi pembukaan musim menentang Hertha Berlin pada 16 Ogos tetapi kemunculannya ketika sesi latihan mencetuskan kegembiraan kepada rakan sepasukan dan pengurus, Niko Kovac.

"Saya fikir perkara paling penting sekarang ialah dia kembali cergas dan mula menyesuaikan diri,” kata pemain antarabangsa Jerman, Leon Goretzka dalam laman web Bayern.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Ogos 2019 @ 11:13 PM