REAKSI pertahanan Itali Giorgio Chiellini yang kecewa selepas gagal ke final. -FOTO AFP
REAKSI pertahanan Itali Giorgio Chiellini yang kecewa selepas gagal ke final. -FOTO AFP
Agensi

Milan: Sepanyol meleburkan rekod 37 tanpa kalah Itali apabila melakarkan kemenangan 2-1 untuk mara ke perlawanan akhir Liga Negara-Negara.

Dua gol yang diledakkan Ferran Torres pada babak pertama memastikan kemenangan buat Sepanyol San Siro yang mana skuad kendalian Luis Enriques itu akan berdepan sama ada Perancis atau Belgium pada final awal pagi Isnin nanti.

Lorenzo Pellegrini cuba untuk mengejar ketika perlawanan berbaki tujuh minit namun semuanya sudah terlambat buat juara Eropah itu.

"Separuh masa pertama boleh beraksi dengan mudah 1-1. Ini memalukan kerana kami bertahan dengan 11 pemain jika bukan kerana kesalahan yang tidak sepatutnya anda lakukan pada tahap ini," kata jurulatih Itali Roberto Mancini.

Itali yang menewaskan Sepanyol pada separuh akhir Euro 2020 bagaimanapun bermain dengan 10 pemain selepas Leonardo Bonucci di layangkan kad merah pada minit ke-42 kerana melakukan kekasaran menyiku Sergio Busquets di muka ketika berebut bola di udara.

"Ini sangat mengecewakan kami kerana ini perlawanan membabitkan Itali bukan perlawanan kelab. Mereka perlu fokus untuk setiap perlawanan.

"Itali adalah Itali dan saya rasa ia patut diberi keutamaan lebih dari segalanya," kata Mancini.

Perlawanan berlangsung dalam suasana tegang yang buat penjaga gol Itali Gianluigi Donnarumma yang berdepan penyokong AC Milan ketika kembali ke San Siro selepas perpindahan ke Paris Saint-Germain.

Juara dunia, Perancis akan berdepan Belgium di stadium milik Juventus, Allianz dekat Turin awal pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Oktober 2021 @ 7:43 AM