PEMAIN Peru meraikan jaringan penyamaan. FOTO EPA
PEMAIN Peru meraikan jaringan penyamaan. FOTO EPA
AFP

Goiania, Brazil: Ecuador dan Peru terpaksa menunggu lagi untuk layak ke suku akhir lepas seri 2-2 dalam aksi peringkat kumpulan di Copa America pagi ini.

Ecuador mendahului perlawanan hasil jaringan sendiri pemain Peru, Renato Tapia selepas tertampan bola pada minit ke-23.

Ayrton Preciado menjadikan kedudukan 2-0 menerusi tandukan sebelum rehat.

Bersambung babak kedua, Peru menggandakan asakan dan gol pertama mereka diperolehi pada minit ke-49 apabila Gianluca Lapadula yang mendapat hantaran cantik daripada Christian Cueva meledak rembatan dalam kotak penalti dan Andre Carillo menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-54.

Ecuador hanya mengutip satu mata sebelum ini ketika menentang Venezuela manakala Peru tiga mata. Tambahan satu mata lagi buat kedua-dua pasukan membolehkan Peru berkongsi tangga kedua dengan Colombia yang juga meraih empat mata dalam Kumpulan B.

Ecuador akan menentang Brazil pada Isnin depan manakala Peru menentang Venezuela.

Empat pasukan teratas daripada lima pasukan dalam kedua-dua kumpulan mara ke suku akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Jun 2021 @ 8:49 AM