SAKA dipilih pemain terbaik perlawanan. FOTO AFP
SAKA dipilih pemain terbaik perlawanan. FOTO AFP
Agensi

London: Bukayo Saka disenaraikan dalam skuad utama England dalam usaha skuad itu melakukan perubahan selepas hanya menjaringkan satu gol dalam dua perlawanan di Kejuaraan Eropah.

Dia melakukan tugas dengan baik namun masih kekurangan di beberapa bahagian tertentu.

Raheem Sterling menjaringkan gol tunggal buat England melakarkan kemenangan ke atas Republik Czech selepas menanduk masuk hantaran silang Jack Grealish yang melintas tepat di atas kepala Saka yang melompat.

"Satu hantaran silang yang hebat dari Jack dan Raheem untuk gol," kata pemain berusia 19 tahun itu. "Saya hampir melakukannya tapi tidak cukup tinggi."

Namun dia sudah beraksi dengan cukup baik dan akhirnya menerima anugerah pemain terbaik perlawanan.

Mungkin dia bakal dikekalkan dalam kesebelasan utama apabila England beraksi dalam perlawanan seterusnya di peringkat kalah mati.

"Dia memperoleh peluang (bermain) dan dia memanfaatkannya," kata jurulatih England Gareth Southgate.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Jun 2021 @ 9:11 AM