STERLING (kanan) ketika beraksi menentang Iceland. FOTO AFP
STERLING (kanan) ketika beraksi menentang Iceland. FOTO AFP
Agensi

RAHEEM Sterling berada di kelas sendiri, kata pengurus England, Gareth Southgate.

Penyerang Manchester City itu menjaringkan gol kemenangan England ketika bertemu Iceland menerusi sepakan penalti lewat permainan di Liga Negara-Negara sekali gus gol ke-11 dalam 12 penampilan antarabangsa.

Southgate memuji semangat luar biasa pemain itu yang mahu menjaringkan gol dan memenangi sesuatu.

"Mentaliti Sterling sangat luar biasa sepanjang minggu ini. Dia begitu teruja mahu beraksi," katanya.

Sterling digugurkan pada kempen kelayakan Euro 2020 bertemu Montenegro bulan lalu selepas berdepan hubungan tegang dengan rakan sepasukan, Joe Gomez.

Namun prestasinya bersama kelab dan skuad kebangsaan sangat konsisten sejak beberapa musim lalu.

Sepanjang 16 perlawanan antarabangsa sejak edisi Piala Dunia lalu, England sudah menjaringkan 49 gol dengan Sterling menyumbang 10 daripadanya, kurang tiga berbanding kapten, Harry Kane.

Pada usia 25 tahun, Sterling sudah melakukan 57 penampilan, jumlah sama diraih Southgate dan Paul Gascoigne ketika menamatkan karier mereka.

"Dia memberikan impak kepada orang sekeliling dan mempamerkan corak permainan pada tahap berbeza," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 September 2020 @ 2:12 PM