REAKSI penyokong Ukraine yang kecewa ketika menyaksikan perlawanan menentang Austria di skrin gergasi di Kiev, awal pagi tadi. FOTO AFP
REAKSI penyokong Ukraine yang kecewa ketika menyaksikan perlawanan menentang Austria di skrin gergasi di Kiev, awal pagi tadi. FOTO AFP
Agensi

Paris: Oleksandr Zinchenko mengkritik mental pemain Ukraine dan menganggap sikap mereka tidak boleh diterima selepas tewas 0-1 kepada Austria sekali gus menyukarkan peluang mara ke peringkat seterusnya di Euro 2020.

Ukraine hanya perlukan satu mata daripada aksi terakhir Kumpulan C untuk menduduki tangga kedua dan menempah pertembungan dengan Itali dalam saingan 16 terakhir di Wembley pada Ahad ini.

Bagaimanapun, jaringan Christoph Baumgartner pada babak pertama membolehkan Austria menang tipis dan mara kali pertama di Kejohanan Eropah dan menentang Azzurri.

Austria meledak 13 percubaan sebelum rehat. Hanya satu di belakang Itali yang membuat 14 percubaan ketika menentang Turki dan lapan sepakan sudut. Pasukan paling banyak melakukannya pada babak pertama setakat ini.

REAKSI Zinchenko selepas tamat perlawanan. FOTO AFP
REAKSI Zinchenko selepas tamat perlawanan. FOTO AFP

Skuad Andriy Shevchenko tewas kepada Belanda sebelum menewaskan Macedonia Utara dan mereka perlu menunggu jika muncul salah satu pasukan tempat ketiga terbaik.

"Saya sangat kecewa," kata pemain Manchester City, Zinchenko. "Malah saya tak tahu jelaskan. Prestasi kami pada babak pertama tidak boleh diterima. Sikap kami di atas padang mengecewakan.

"Kami bagus ketika sesi latihan tetapi ia tidak menjadi malam ini. Saya tak fikir fizikal Austria punca kami kalah, ia lebih kepada mentaliti.

"Kami sepatutnya pemenang di atas padang, perlu berjuang dan berusaha persaingan individu. Tapi kami kini hanya perlu terima tahap kami."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Jun 2021 @ 7:20 AM