Ali Daei (kiri) dan Ronaldo tonggak pasukan negara masing-masing. FOTO Agensi
Ali Daei (kiri) dan Ronaldo tonggak pasukan negara masing-masing. FOTO Agensi
AFP

Tehran: Legenda bola sepak Iran, Ali Daei sudah bersedia untuk melihat Cristiano Ronaldo memecahkan rekod jaringan antarabangsa miliknya, mungkin pada Euro 2020.

Pemain dengan gelaran 'Shariar' (Raja Parsi) itu meledak 109 gol dalam 149 penampilan buat Iran antara 1993 hingga 2006, pencapaian yang dirasakan tidak boleh disamakan mana-mana pemain.

Tetapi Ronaldo pantas merapatkannya, kini meledak 106 gol antarabangsa daripada 176 perlawanan dengan dua gol ketika Portugal menang 3-0 menewaskan Hungary di Budapest, Rabu lalu.

Daei berkata beberapa kali sebelum ini bahawa dia pasti "gembira" jika Ronaldo memecahkan rekod miliknya ketika dia percaya penyerang Juventus itu adalah antara tiga pemain terbaik dalam sejarah bersama Lionel Messi dan Diego Maradona.

"Rekod dicipta untuk dipecahkan," kata Ali Daei kepada Khabar Online pada 2018.

"Ronaldo memang ada kualiti untuk melakukannya. Saya sangat menghormatinya. Dia adalah pemain hebat yang tidak perlu menyanyikan lagunya untuk dipuji."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Jun 2021 @ 11:14 PM