GAYA Ronaldo selepas tamat perlawanan menentang Perancis. FOTO AFP
GAYA Ronaldo selepas tamat perlawanan menentang Perancis. FOTO AFP
Agensi

Tehran: Ali Daei mengucapkan tahniah kepada kapten Portugal, Cristiano Ronaldo yang berjaya menyamai rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman miliknya awal pagi tadi.

Ronaldo meledak dua penalti untuk jaringan antarabangsa ke-109 buat juara bertahan Portugal ketika seri 2-2 dengan Perancis sekali gus mara ke pusingan kalah mati Euro 2020.

Ronaldo yang berusia 36 tahun tahu dia hanya perlukan satu lagi gol untuk memintas Ali yang cemerlang membantu Iran di antara 1993 dan 2006.

Ali pantas memuji pencapaian Ronaldo itu di media sosial dan meramalkan rekod bersama itu tidak akan bertahan lama.

AKSI Aaron dan Wooi Yik meraikan kemenangan selepas menewaskan beregu veteran Indonesia.
AKSI Aaron dan Wooi Yik meraikan kemenangan selepas menewaskan beregu veteran Indonesia.

Legenda Iran berusia 52 tahun itu dalam Instagramnya berkata: "Tahniah untuk @cristiano yang kini hanya satu gol lagi untuk memecahkan rekod jaringan antarabangsa.

"Saya berbesar hati pencapaian hebat ini akan menjadi milik Ronaldo, jaguh hebat bola sepak dan seorang yang prihatin dengan manusia lain. Dia memberi inspirasi dan impak kehidupan di seluruh dunia.''

"Vamos!"

Peluang pertama Ronaldo untuk mengatasi rekod Ali ketika Portugal menentang Belgium di Seville dalam aksi pusingan kedua Isnin depan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Jun 2021 @ 7:03 AM