SILVA (kanann) tetap memberi penghargaan kepada bekas jurulatih Chelsea, Lampard. FOTO Ihsan Instagram thiagosilva
SILVA (kanann) tetap memberi penghargaan kepada bekas jurulatih Chelsea, Lampard. FOTO Ihsan Instagram thiagosilva
Agensi

London: Pertahanan Chelsea, Thiago Silva memberi penghormatan kepada bekas pengurus, Frank Lampard selepas mereka muncul juara Liga Juara-Juara menumpaskan Manchester City 1-0 semalam.

Pemain veteran Brazil itu akhirnya berpeluang untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara selepas melalui karier cemerlang di peringkat tertinggi.

Sebelum ini dia terlepas untuk mengecapi kejayaan bersama Paris Saint Germain (PSG) selepas kalah di final musim lalu kepada Bayern Munich.

Silva dan bekas pengurus PSG, Thomas Tuchel kedua-duanya berjaya mengubah nasib mereka selepas Chelsea menumpaskan City semalam.

Bagaimanapun, Silva juga sangat berbesar hati untuk memuji Lampard, yang menjadi individu pertama membawanya ke Stamford Bridge pertengahan tahun lalu.

Ini menunjukkan Silva mempunyai sikap terpuji, tatkala dia menyedari bahawa status Lampard di Chelsea sebagai seorang legenda.

Ia langkah yang terbaik buat Lampard untuk membentuk pasukan walaupun beliau tidak berpeluang menyelesaikan tugasannya.

"Tanpa Lampard, saya tidak akan berada di sini. Saya sangat gembira dan harap beliau pun sama. Tanpa keyakinan anda semua ini tidak akan terjadi. Terima kasih jurulatih," kata Silva dalam Instagram.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Mei 2021 @ 1:39 PM