GELAGAT pemain Chelsea selepas menewaskan Real Madrid. FOTO AFP
GELAGAT pemain Chelsea selepas menewaskan Real Madrid. FOTO AFP
Agensi

London: Bintang Chelsea boleh menggandakan ganjaran wang mereka dan meraih bonus £10 juta (RM58 juta) jika menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah.

Skuad itu telah pun berkongsi £5 juta (RM29 juta) selepas menewaskan Real Madrid untuk mara ke final bulan lalu.

Mereka akan menentang Manchester City di Istanbul hujung bulan ini dalam aksi final membabitkan dua kelab Inggeris buat kali ketiga.

Pakej bonus dipersetujui pada permulaan musim ketika tiada siapa memberikan harapan kepada Chelsea memenangi Liga Juara-Juara buat kali kedua. Walaupun dilabel bukan pilihan ketika menentang City di Turki tetapi mereka tidak gentar sesiapa selepas menewaskan juara Eropah 13 kali, Real Madrid pada separuh akhir.

SunSport mendedahkan skuad City pula yang lebih kaya akan mendapat bonus lebih lumayan berjumlah sekitar £15 juta (RM87 juta) dengan ada diantara pemainnya mendapat lebih berbanding yang lain.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Mei 2021 @ 11:13 PM