MBAPPE meraikan jaringan ketika PSG bertemu Metz. FOTO AFP
MBAPPE meraikan jaringan ketika PSG bertemu Metz. FOTO AFP
AFP

Paris: Kylian Mbappe menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan berturut-turut namun mengalami kecederaan paha bagi membantu Paris Saint Germain (PSG) melonjak ke tangga teratas Ligue 1 selepas menumpaskan Metz 3-1.

Penyerang Perancis itu direhatkan dalam aksi Piala Perancis pertengahan minggu ini menentang Angers dan kembali membantu PSG memburu kejuaraan liga dengan meledak gol di kedua-dua separuh masa perlawanan.

Bagaimanapun, Mbappe dikeluarkan pada hujung perlawanan kerana mengalami kecederaan paha, sekali gus menimbulkan kebimbangan buat PSG menjelah aksi Liga Juara-Juara Khamis depan menentang Manchester City di separuh akhir pertama.

Mauro Icardi juga mencetak nama sebagai penjaring apabila menyempurnakan penalti seminit sebelum perlawanan tamat.

"Dia hanya mengalami kekejangan. Saya rasa tidak ada apa yang serius. Kylian sangat tenang dan rileks. Kami harap kecederaan itu segera sembuh," kata jurulatih PSG, Mauricio Pochettino.

PSG sekarang ini dua mata mengatasi Lille yang akan berkunjung ke Lyon awal pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 April 2021 @ 12:28 PM