Rick Karsdorp (kiri) bersaing dengan pemain Atalanta, Joakim Maehle. FOTO EPA
Rick Karsdorp (kiri) bersaing dengan pemain Atalanta, Joakim Maehle. FOTO EPA
AFP

Milan: Atalanta yang beraksi dengan 10 pemain terlepas peluang untuk melonjak ke tangga kedua Serie A selepas hanya seri 1-1 menentang Roma.

Bagaimanapun, Napoli membelasah seteru yang berebut tempat ke Liga Juara-Juara, Lazio 5-2 bagi membolehkan mereka mendapat semangat kembali ke saingan elit Eropah musim depan.

Bryan Cristante melepaskan rembatan jarak jauh untuk gol penyamaan bagi membolehkan Roma meraih satu mata dalam perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi dengan 10 pemain.

Pasukan pelawat mendominasi perlawanan sebelum mendahului selepas 25 minit beraksi melalui Ruslan Malinovskiy di Stadium Olimpico.

Bagaimanapun, pasukan dari Bergamo itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada 20 minit terakhir permainan selepas Robin Gosens di buang padang kerana menerima kad kuning kedua.

Cristante meletakkan namanya dalam senarai penjaring gol pada minit ke-75.

Atalanta terlepas peluang untuk memintas AC Milan yang kalah di laman sendiri kepada Sassuolo pada pertengahan minggu namun melonjak ke tangga ketiga mengatasi penyandang juara, Juventus dengan perbezaan jaringan.

Napoli hanya kurang tiga mata di belakang pasukan tangga kedua, Milan. Lazio pula kurang lima mata di belakang Napoli untuk berada di tangga keenam.

"Ia sukar untuk menerangkan beberapa jaringan yang kami terlepas.

"Kami mempunyai banyak peluang untuk menang namun akhirnya kami harus berterima kasih kerana tidak kalah," kata jurulatih Atalanta Gia Piero Gasperini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 April 2021 @ 8:45 AM