MANCINI tidak menyenaraikan pemain Inter dan Fiorentina yang akan beraksi di final peringkat Eropah, minggu depan. FOTO AFP
MANCINI tidak menyenaraikan pemain Inter dan Fiorentina yang akan beraksi di final peringkat Eropah, minggu depan. FOTO AFP
AFP

Milan: Pengurus Itali, Roberto Mancini memilih skuad sementara 26 pemain bagi menghadapi pusingan akhir Liga Negara-Negara di Belanda, bulan depan.

Itali yang juga juara Eropah akan berdepan Sepanyol dalam aksi empat terbaik pada 15 Jun sebelum menentang sama ada Croatia atau Belanda, jika Azzurri mara ke final.

Mancini tidak menyenaraikan pemain Inter Milan atau Fiorentina yang terbabit dalam final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) atau Liga Konfenrens, minggu depan, termasuk pemain tengah, Nicolo Barella yang menjadi tonggak penting dalam perancangan Mancini.

Pemain pertahanan Atalanta, Giorgio Scalvini dan pemain tengah AC Milan, Sandro Tonali turut diketepikan.

Pemain pertahanan Lecce, Federico Baschirotto dipanggil buat kali pertama manakala penyerang Lazio, Ciro Immobile dan Mattia Zaccagni dipanggil semula selepas disisihkan sejak September dan Jun tahun lalu.

Skuad rasmi 23 pemain akan dihantar kepada Kesatuan Bolasepak Eropau (UEFA) pada Isnin depan.

Senarai pemain Itali:

Penjaga gol: Gianluigi Donnarumma (Paris Saint-Germain/PER), Alex Meret (Napoli), Guglielmo Vicario (Empoli)

Pemain pertahanan: Federico Baschirotto (Lecce), Leonardo Bonucci (Juventus), Alessandro Buongiorno (Torino), Giovanni Di Lorenzo (Napoli), Alessandro Florenzi (AC Milan), Federico Gatti (Juventus), Leonardo Spinazzola (Roma), Rafael Toloi (Atalanta)

Pemain tengah: Bryan Cristante (Roma), Davide Frattesi (Sassuolo), Jorginho (Arsenal), Manuel Locatelli (Juventus), Lorenzo Pellegrini (Roma), Matteo Pessina (Monza), Marco Verratti (Paris Saint-Germain/PER), Nicolo Zaniolo (Galatasaray/TUR)

Penyerang: Domenico Berardi (Sassuolo), Federico Chiesa (Juventus), Wilfried Gnonto (Leeds United/ENG), Ciro Immobile (Lazio), Giacomo Raspadori (Napoli), Mateo Retegui (Tigre/ARG), Mattia Zaccagni (Lazio)

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Mei 2023 @ 7:56 AM