OLMO meraikan jaringan kemenangan ketika Sepanyol berdepan Georgia dalam kelayakan Piala Dunia 2022. FOTO AFP
OLMO meraikan jaringan kemenangan ketika Sepanyol berdepan Georgia dalam kelayakan Piala Dunia 2022. FOTO AFP
AFP

Paris: Gol masa kecederaan Dani Olmo menyelamatkan Sepanyol untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas Georgia.

Sepanyol, yang sebelum ini mencatat keputusan memalukan di laman sendiri apabila seri menentang Greece pada perlawanan pembukaan Kumpulan B, ketinggalan dengan gol pendahuluan Khvicha Kvaratskhelia sebelum rehat.

Bagaimanapun, Ferran Torres yang beraksi dengan Manchester City berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-56 untuk gol kelimanya dalam enam penampilan.

Tekanan dan usaha keras Sepanyol pada separuh masa kedua membuahkan hasil pada masa kecederaan.

Rembatan Olmo dari jarak 25 meter menuju ke penjuru gawang pasukan lawan.

"Ia adalah salah satu daripada perlawanan yang menyaksikan saya sangat bergelut namun menikmati kegembiraan di hujung saingan, ia sangat berbaloi.

"Saya merasakan akan menderita tapi kami dapat lihat bahawa saingan kelayakan menjadi sangat sukar," kata jurulatih Sepanyol, Luis Enrique.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Mac 2021 @ 9:19 AM