PEMAIN Liverpool, Sadio Mane (tiga dari kanan) dipeluk rakan sepasukan selepas menjaringkan gol ketiga. FOTO REUTERS
PEMAIN Liverpool, Sadio Mane (tiga dari kanan) dipeluk rakan sepasukan selepas menjaringkan gol ketiga. FOTO REUTERS
Reuters

London: Liverpool menewaskan Manchester City 3-2 di Stadium Wembley, hari ini, untuk mara ke final Piala FA Inggeris bertemu pemenang antara Chelsea atau Crystal Palace.

Pengurus City, Pep Guardiola memilih untuk merehatkan beberapa pemain utama termasuk penjaga gol, Ederson, dan skuad kedua itu tidak melawan ketinggalan 0-3 di tangan anak buah Juergen Klopp sebelum rehat.

Ibrahima Konate meletakkan Liverpool di depan menerusi sepakan sudut pada minit kesembilan sebelum kesilapan penjaga gol simpanan City, Zack Steffen menghadihkan gol kedua the Reds.

Steffen mengambil masa terlalu lama selepas menerima hantaran ke belakang John Stones dan Sadio Mane berjaya mencuri bola sebelum menolaknya ke dalam gawang.

Mane menambah satu lagi gol sebelum rehat menerusi sepakan voli selepas menerima hantaran Thiago Alcantara.

Jack Grealish merapatkan jurang buat City, 70 saat selepas babak kedua bersambung dan Bernando Silva menjadikan kedudukan 3-2 pada masa tambahan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 April 2022 @ 12:56 AM