HAALAND ledak dua gol ketika Dortmund membelasah Wolfsburg 6-1. -FOTO Reuters
HAALAND ledak dua gol ketika Dortmund membelasah Wolfsburg 6-1. -FOTO Reuters
AFP

Dortmund, Jerman: Erling Haaland meledakkan dua gol untuk menamatkan kemarau jaringan yang menyaksikan Borussia Dortmund membelasah Wolfsburg 6-1 menjelang pertembungan Bundesliga hujung minggu ini menentang pendahulu liga Bayern Munich.

Haaland, 21, yang dikatakan akan meninggalkan Dortmund penghujung musim ini meledakkan dua kali dalam gaya yang mengagumkan selepas gagal menjaringkan sebarang gol dalam lima perlawanan sebelum ini.

Prestasi Haaland itu dianggap satu yang mengagumkan selepas dia mengalami kecederaan pada kakinya.

"Ia semakin baik. Dia masih menanggung kesakitan tapi apa yang ditunjukkan dia hari ini menunjukkan dia boleh mengatasi masalah itu," kata jurulatih Dortmund, Marco Rose.

"Ia satu persembahan yang baik darinya dan juga pasukan."

Kemenangan ke atas Wolfsburg meletakkan Dortmund di kedudukan kedua liga, enam mata di belakang Bayern yang akan menentang Arminia Bielefeld.

Bayern akan beraksi tanpa pemain pertahanan Perancis, Lucas Hernandez dan pemain sayap Kingsley Coman yang mengalami masalah otot.

Selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara Bayern, kini dalam usaha memburu kejuaraan Bundesliga yang ke-10.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 April 2022 @ 8:08 AM