Pemain Bayern, Robert Lewandowski menjaringkan dua gol menentang Wolfsburg di Munich. FOTO EPA.
Pemain Bayern, Robert Lewandowski menjaringkan dua gol menentang Wolfsburg di Munich. FOTO EPA.
AFP

BAYERN Munich memanaskan badan bagi perlawanan bertemu Liverpool dengan “hari yang sempurna” menewaskan Borussia Dortmund di persada Bundesliga buat pertama kali sejak September dengan kemenangan 6-0 mengatasi Wolfsburg.

Bayern, akan menanti kehadiran Liverpool awal pagi Khamis ini dalam perlawanan timbal balik kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara selepas seri tanpa jaringan di Anfield.

Gergasi Jerman itu, berada di kedudukan teratas menerusi perbezaan gol berbanding Dortmund, yang memerlukan gol lewat untuk menang 3-1 berdepan Stuttgart.

“Saya sangat gembira. Kami hanya mahu fokus kepada Rabu,” kata ketua jurulatih Bayern, Niko Kovac.

Bayern menang besar di Munich apabila Robert Lewandowski menjaringkan dua gol, memberikannya 20 gol dalam 17 perlawanan liga ketika berdepan Wolfsburg, manakala Serge Gnabry, James Rodriguez dan Joshua Kimmich turut menjaringkan gol.

Pemain tengah Bayern Munich, Thiago Alcantara (kanan) dan pemain tenagh Wolfsburg, Maximilian Arnold beraksi dalam perlawanan Liga Jerman. FOTO AFP.
Pemain tengah Bayern Munich, Thiago Alcantara (kanan) dan pemain tenagh Wolfsburg, Maximilian Arnold beraksi dalam perlawanan Liga Jerman. FOTO AFP.

“Kami kini berada di tempat yang kami mahu – teratas liga dan di situlah kami mahu kekal,” kata Kovac dengan saingan liga hanya berbaki sembilan perlawanan lagi.

Selepas diberitahu Selasa lalu bahawa dia bersama rakan sepasukan Bayern, Jerome Boateng dan Mats Hummels bahawa karier di Jerman sudah berakhir, Mueller menunjukkan rasa kecewanya dengan membantu untuk gol pertama dan menjaringkan gol kedua Munich.

“Ketiga-tiga mereka mahu membalas dan mereka semua bermain baik – ia petang yang sempurna,” kata penjaring gol Kimmich.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mac 2019 @ 12:02 PM