Crespo bersama trofi Copa Sudamericana ketika di Defensa pada bulan lalu. FOTO Defensa
Crespo bersama trofi Copa Sudamericana ketika di Defensa pada bulan lalu. FOTO Defensa
AFP

Buenos Aires: Bekas penyerang Argentina, Hernan Crespo melepaskan jawatannya sebagai jurulatih Defensa y Justicia selepas membawa kelab berkenaan menjuarai Copa Sudamericana bulan lalu.

Crespo, 45, dilaporkan menerima beberapa tawaran sebagai pengurus, termasuk salah satu daripadanya mengendalikan skuad kebangsaan Chile bagi kelayakan Piala Dunia 2022 dan Copa America tahun ini.

"Saya mahu memberitahu anda bahawa saya akan meninggalkan kelab ini, bersama pembantu saya.

"Saya bersyukur dan berasa sangat dihormati di atas sambutan yang diberikan di Defensa y Justicia seterusnya dalam memastikan keberkesanan dan keyakinan terhadap kerja ini." catat Crespo di Instagram.

Defensa yang berpangkalan di Buenos Aires menewaskan seteru mereka, Lanus 3-0 pada aksi final Copa Sudamericana.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Februari 2021 @ 8:13 AM