CARDOZO memuat naik gambar bas mereka diserang penyokong sendiri. FOTO Agensi
CARDOZO memuat naik gambar bas mereka diserang penyokong sendiri. FOTO Agensi
Reuters

Beunos Aires: Peminat bola sepak Argentina tersilap membaling batu ke arah bas pasukan Club Atletico Tigre menjelang aksi menentang kelab Brazil, Sao Paulo untuk perlawanan peringkat kumpulan Copa Sudamericana.

Dengan sejarah pertumpahan darah antara kedua-dua pasukan ketika perlawanan akhir kontroversi pada 2012, bilangan anggota polis ditambah untuk pertarungan itu, yang mana Sao Paulo menang 2-0.

Pemain tengah Tigre, Agustin Cardozo mengesahkan insiden itu di Instagram, dengan memuat naik gambar memegang batu berlatar belakangkan tingkap bas pecah di l dan kapsyen 'ini kami'.

Walaupun dia kemudiannya memadamkan status berkenaan, saluran media Argentina TyC sempat merakam rakaman video mengenai kerosakan pada kenderaan itu.

Pada aksi akhir 2012, Sao Paulo mendahului 2-0 dan diberikan kemenangan percuma selepas pengadil membatalkan perlawanan pada separuh masa kedua kerana pemain Tigre enggan meneruskan saingan.

Bekas jurulatih Nestor Gorosito berkata pasukan Argentina memutuskan untuk tidak bermain pada separuh masa kedua kerana, pihak keselamatan di Stadium Morumbi di Brazil menyerang mereka dengan kayu dan juga mengancam dengan senjata.

Tiada siasatan mahupun penggantungan dilakukan selepas perlawanan.

Sao Paulo akan menentang Tigre di tempat sendiri pada 27 Jun dalam perlawanan terakhir Kumpulan D.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 April 2023 @ 8:30 AM