MAGUIRE (kanan) menggalas tugas selaku kapten Man United. FOTO EPA
MAGUIRE (kanan) menggalas tugas selaku kapten Man United. FOTO EPA
Agensi

London: Harry Maguire menegaskan hanya kejayaan menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk Manchester United akan mendiamkan mereka yang membenci kelab itu.

Red Devils yang menduduki tangga kedua liga, kini sedang memburu kejuaraan liga buat kali pertama sejak kali terakhir memenanginya pada 2013 yang juga kejuaraan kali ke-20.

Maguire sedar United sering diminati dan tidak kurang juga dibenci susulan era gemilang kelab itu di bawah bimbingan Sir Alex Ferguson.

Justeru katanya menjulang trofi liga selaku kapten pastinya akan menjadi detik manis untuknya.

Ketika ditanya oleh bekas pertahanan United, David May adakah dia gembira meskipun ramai yang membenci kelab itu, Maguire berkata: "Saya menyukainya. Saya langsung tak kisah.

"Apabila saya menjulang trofi pertama untuk kelab ini, ia akan dapat mengukir senyuman lebar kerana menyedari ramai yang tidak mahu kami memenangi trofi.

"Kami adalah kelab yang paling menjadi tumpuan di dunia. Banyak pihak tidak mahu kami meraih keputusan yang baik.

"Ramai yang mahu kami gagal dan inilah yang perlu kami terima. Saya sudah biasa dengan dengannya."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2021 @ 7:25 PM