POCHETTINO bakal diumum jurulatih baharu PSG. FOTO Agensi
POCHETTINO bakal diumum jurulatih baharu PSG. FOTO Agensi
Agensi

Paris: Mauricio Pochettino dilaporkan semakin hampir untuk diumumkan sebagai jurulatih baharu Paris Saint-Germain (PSG).

Tugasan pertamanya pula adalah untuk memastikan Neymar dan Kylian Mbappe kekal menyambung kontrak bersama kelab itu.

Wartawan sukan, Fabrizio Romano mendakwa, kontrak antara Pochettino dan PSG sudah pun ditandatangani selepas juara Ligue 1 itu memecat Thomas Tuchel.

PSG kini dalam proses untuk mengesahkan ketibaan bekas pengendali Tottenham itu.

Pochettino kemudian dijangka akan bertemu pengarah sukan kelab, Leonardo untuk mengenalpasti pemain yang disasarkan pada jendela perpindahan pemain bulan ini serta musim panas nanti.

SunSport difahamkan kapten Spurs, Hugo Lloris menjadi sasaran utama finalis Liga Juara-Juara 2019 itu.

PSG juga kekal berminat mendapatkan rakan sepasukan Lloris, Dele Alli selepas terlepas mendapatkan pemain tengah itu pada Oktober tahun lalu.

Pochettino juga mahu kembali bergandingan bersama Christian Eriksen selepas pemain itu berada dalam senarai perpindahan oleh Inter Milan.

Bagaimanapun, keutamaan kini adalah untuk meyakinkan Neymar dan Mbappe melanjutkan kontrak bersama PSG sehingga 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2021 @ 1:47 PM