BARISAN pemain Manchester United menewaskan Leeds hari ini. FOTO AFP
BARISAN pemain Manchester United menewaskan Leeds hari ini. FOTO AFP
Agensi

London: Roy Keane menegaskan Manchester United mampu menjadi pencabar utama Liverpool untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Legenda Manchester United itu menggambarkan skuad bimbingan Ole Gunnar Solksjaer 'terbaik berbanding yang lain'.

Manchester United kini menduduki tangga ketiga Liga Perdana di belakang Leicester dan Liverpool.

Red Devils mempamerkan aksi meyakinkan ketika menewaskan Leeds 6-2 hari ini dan Keane meramalkan United adalah pencabar utama Liverpool musim ini.

Dia memberitahu Sky Sports: "Saya tidak percaya apabila McTominay menyatakan mereka tidak melihat kepada kedudukan liga.

"Setiap pasukan melihat kepada kedudukan liga termasuklah pemain dan barisan kejurulatihan. Itulah sebabnya anda perlu turun beraksi dan mencatatkan kemenangan.

"Anda boleh melihat di mana kedudukan anda dan apa arah tuju seterusnya. United berada pada prestasi terbaik ketika ini dengan menewaskan Sheffield United dan kemudian Leeds.

"Saya rasa Liverpool masih lagi pasukan terkuat namun United nampak lebih baik berbanding yang lain."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Disember 2020 @ 9:40 PM