MESSI dan Ronaldo gagal menyerlah musim lalu. FOTO Agensi
MESSI dan Ronaldo gagal menyerlah musim lalu. FOTO Agensi
Agensi

London: Dimitar Berbatov menegaskan Robert Lewandowski berhak untuk memenangi anugerah pemain terbaik FIFA berbanding Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Ketiga-tiga pemain itu berada dalam senarai pendek untuk menerima anugerah berprestij itu.

Lewandowski, 32, adalah pilihan untuk memenangi anugerah berkenaan selepas mengharungi musim cemerlang yang menyaksikannya membantu Bayern Munich meraih gelaran treble.

Dia meledak 55 gol daripada 47 perlawanan musim lalu dan sudah menjaringkan 18 gol daripada 17 perlawanan pada musim baharu.

Messi pula gagal menyerlah bersama Barcelona manakala Ronaldo juga gagal membantu Juventus melepasi pusingan kedua Liga Juara-Juara musim lalu.

"Saya terkejut Ronaldo dan Messi berada dalam senarai pendek untuk anugerah itu kerana saya rasakan mereka tidak layak untuk disenaraikan.

"Saya rasa mereka patut beri laluan kepada Robert Lewandowski. Dia berhak untuk menang dan tiada pemain layak untuk memenanginya," kata Berbatov.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Disember 2020 @ 11:42 PM