PEMAIN Ukraine sempat menjalani latihan di Switzerland sebelum mereka diarahkan melakukan kuarantin. FOTO AFP
PEMAIN Ukraine sempat menjalani latihan di Switzerland sebelum mereka diarahkan melakukan kuarantin. FOTO AFP
AFP

Kiev: Perlawanan Liga Negara-Negara UEFA membabitkan Ukraine menentang Switzerland pagi ini dibatalkan jelas Persatuan Bolasepak Ukraine selepas enam pemain mereka disahkan positif Covid-19.

Badan induk negara berkenaan itu berkata dalam satu kenyataan bahawa perlawanan itu tidak dapat diadakan selepas pihak berkuasa kesihatan Switzerland membuat keputusan untuk melakukan kuarantin ke atas keseluruhan skuad mereka.

Ukraine dijadualkan menentang Switzerland 3.45 pagi ini di Lucerne.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 November 2020 @ 12:14 AM