MESSI pemain paling berpengalaman di Barcelona. FOTO AFP
MESSI pemain paling berpengalaman di Barcelona. FOTO AFP
Agensi

Barcelona: Lionel Messi sukar dikawal, kata bekas bos Barcelona, Quique Setien.

Pengendali berusia 62 tahun itu dipecat oleh kelab gergasi Sepanyol berkenaan pada Ogos lalu selepas hanya membimbing 25 perlawanan.

Setien berkongsi pengalamanya singkatnya di Nou Camp mengenai perihal Messi di belakang kaca televisyen.

Pengendali dari Sepanyol itu berkata, Messi boleh dilihat sebagai seorang pemain yang sangat bekerja keras namun ada sisi sebaliknya.

Bercakap kepada El Pais, Setien berkata: "Saya rasa Messi adalah pemain terbaik sepanjang zaman.

"Terdapat beberapa pemain lagi yang bagus tetapi Messi lebih berpengalaman di kelab itu berbanding yang lain.

"Messi sukar untuk dikawal. Siapa saya hendak mengubahnya jika mereka menerimanya seperti seadanya sejak sekian lama dan tidak mengubahnya.

"Terdapat aspek lain daripadanya selain sebagai seorang pemain dan ia lebih sukar untuk diuruskan.

"Ia jauh lebih sukar dan sesuatu yang biasa ada pada kebanyakan atlet yang dapat dilihat dalam dokumentari Michael Jordan, The Last Dance.

"Anda akan melihat perkara yang tidak pernah anda jangkakan."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2020 @ 10:50 PM