Aksi beregu wanita negara, Pearly Tan (kiri) dan M Thinaah ketika menyertai kejohanan. FOTO AFP
Aksi beregu wanita negara, Pearly Tan (kiri) dan M Thinaah ketika menyertai kejohanan. FOTO AFP
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah kempunan untuk menempah tiket ke separuh akhir Seluruh England apabila kecundang di peringkat suku akhir, sebentar tadi.

Walaupun memenangi set pertama 21-15, pasangan terbabit terpaksa akur dengan kehebatan beregu wanita Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong di Utilita Arena Birmingham apabila tewas pada dua set berikutnya.

Pasangan Korea Selatan itu kembali bangkit dengan memenangi set kedua 21-17 seterusnya mengheret aksi ke set penentuan.

Aksi set ketiga menyaksikan dominasi Na Eun-Hye Jeong apabila berjaya melakar kemenangan 21-9 sekali gus menempah tiket ke separuh akhir.

Kekalahan itu menyaksikan Pearly-Thinaah menyamai pencapaian edisi tahun lalu apabila mereka turut terkandas di suku akhir selepas tewas kepada pasangan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida 12-21, 22-20, 16-21.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mac 2022 @ 8:29 PM