TZE Yong ketika beraksi Belgium. FOTO Ihsan BWF
TZE Yong ketika beraksi Belgium. FOTO Ihsan BWF
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Pemain muda perseorangan lelaki Ng Tze Yong memberi khabar gembira buat kem badminton negara apabila berjaya merangkul kejuaraan Cabaran Antarabangsa Belgium di Leuven, malam tadi.

Jelas sekali pemain muda yang menduduki ranking 74 dunia berada dalam landasan tepat untuk berada dalam kelompok pemain elit negara apabila mudah mengatasi pemain pilihan kelima, Ajay Jayaram, 34 tahun dari India yang kini menghuni kedudukan ke-63 dunia dalam perlawanan straight set 21-14 dan 21-14.

Tze Yong yang juga dilihat berpotensi menggantikan ikon badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebelum itu menempah slot perlawanan akhir apabila bangkit menewaskan pemain Jepun, Yusuke Onodera 20-22, 21-15 dan 23-21 pada peringkat separuh akhir.

Kejuaraan Cabaran Antarabangsa Belgium ini adalah kejohanan kedua Tze Yong selepas muncul juara Terbuka Poland pada Mac lalu sekali gus ini ia juga gelaran ketiga peribadinya selepas mengungguli saingan Antarabangsa Australia Selatan 2019.

Hal ini bermakna, menerusi kemenangan yang diraih dalam kejohanan itu Tze Yong bakal memperbaiki kedudukan ranking dunia yang akan dikemaskini pada minggu hadapan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Oktober 2021 @ 11:18 AM