RASHFORD sering melakukan kerja-kerja amal. FOTO Agensi
RASHFORD sering melakukan kerja-kerja amal. FOTO Agensi
Agensi

London: Tindakan Marcus Rashford mengadakan kempen memberi makanan percuma kepada kanak-kanak selama lebih setengah penggal adalah sangat luar biasa, kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Penyerang England dan Manchester United berusia 22 tahun itu berkongsi mesej di Twitter mengenai peniaga tempatan yang memberi sokongan kepada kempennya itu.

Usul untuk memanjangkan pemberian makanan secara percuma di sekolah ketika cuti berikutan pandemik Covid-19 ditolak oleh ahli parlimen.

"Dia beraksi bersama United, ini yang menjadikan 'agak sukar'.

"Tapi pada ketika ini, kita sebagai pemain bola sepak dan seorang manusia, perlu sentiasa bersatu.

"Apa yang dimulakan oleh Marcus sungguh luar biasa. Ia sangat bagus," katanya.

Kedai makanan, pub, restoran dan kafe, adalah antara yang bersama-sama menyokong kempen itu dengan memberikan makanan percuma.

Rashford menerima anugerah MBE bulan ini selepas kempennya menyaksikan kerajaan membuat pusingan U dan membantu kira-kira 1.3 juta kanak-kanak di England untuk mendapatkan makanan percuma di sekolah pada musim cuti.

Dia meminta kerajaan meneruskan kempen itu namun Rabu lalu ahli parlimen menolak cadangan untuk terus memberikan makanan percuma di sekolah sehingga 2021.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2020 @ 2:13 PM