ANTARA koleksi kereta mewah milik Mayweather. FOTO Agensi
ANTARA koleksi kereta mewah milik Mayweather. FOTO Agensi
Agensi

Los Angeles: Floyd Mayweather dikatakan memperoleh lebih AS$1 bilion (RM4.11 bilion) sepanjang karier sebagai petinju yang menyaksikannya memegang rekod tanpa kalah dalam 50 perlawanan profesional.

Meskipun dia didesak untuk menafikan kekayaannya semakin menyusut berikutan gaya hidup mewah, Mayweather boleh sahaja menjual koleksi keretanya jika berdepan kesusahan.

Mayweather dikatakan mempunyai koleksi kereta mewah berjumlah kira-kira £20 juta (RM106.6 juta).

Ia termasuklah pelbagai koleksi kereta jenama Rolls-Royces bernilai lebih £3 juta (RM16 juta) dan empat buah Bugatti Veyron yang dianggarkan bernilai £1.7 juta (RM9.06 juta).

MAYWEATHER mempunyai rekod 50-0. FOTO Agensi
MAYWEATHER mempunyai rekod 50-0. FOTO Agensi

Namun apa yang menarik mengenai koleksi kereta Mayweather ialah ia hanya berwarna hitam atau putih dan diletakkan di dua lokasi berbeza.

Pertamanya di kediaman mewahnya di Los Angeles dan kedua di Las Vegas.

Koleksi kereta di Los Angeles kesemuanya berwarna hitam manakala di Las Vegas berwarna putih.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 September 2020 @ 3:09 PM