MAYWEATHER terkenal dengan kehidupan mewah. FOTO Agensi
MAYWEATHER terkenal dengan kehidupan mewah. FOTO Agensi
Agensi

Los Angeles: Floyd Mayweather menghabiskan £700,000 (RM4 juta) membeli sembilan buah kereta untuk dihadiahkan kepada rakan-rakannya menjelang pertarungan dengan Logan Paul.

Bintang berusia 44 tahun itu yang dilabel sebagai petinju terbaik dalam generasinya, membeli lapan buah kereta untuk mereka yang rapat dengannya dan sebuah kereta mewah Rolls-Royce untuk dirinya sendiri.

Salah seorang rakan Mayweather mendedahkan petinju itu membeli model Rolls-Royce Ghost.

Lelaki yang dikenali sebagai Chop, iaitu pemilik kepada kedai kereta Towbin Auto Group di Las Vegas, mengesahkan Mayweather membeli kereta di tempatnya.

Petinju yang mempunyai rekod 50-0 itu dikatakan sudah membeli 157 buah kereta dari Towbin sepanjang kariernya.

Antaranya termasuklah 29 buah kereta mewah model berbeza Rolls-Royces.

Difahamkan nilai kesemua kereta milik Mayweather mencecah £20 juta (RM116.9 juta).

Ia termasuk Rolls-Royces bernilai lebih £3 juta (RM17.5 juta) dan empat buah Bugatti Veyron bernilai £1.7 juta (RM9.9 juta).

Menariknya, koleksi kereta Mayweather hanya mempunyai dua warna iaitu putih dan hitam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Jun 2021 @ 11:50 PM