RONALDO gigih menjalani latihan. FOTO Agensi
RONALDO gigih menjalani latihan. FOTO Agensi
Agensi

MEDIA Portugal dan penyokong teruja menunggu jaringan antarabangsa ke-100 Cristiano Ronaldo selepas superstar itu membayangkan dalam media sosial dia kembali cergas untuk berdepan Sweden.

Ronaldo terlepas aksi pembukaan Liga Negara-Negara menentang Croatia akibat jangkitan kuman pada ibu jari tetapi berkata di Instagramnya 'gembira untuk kembali' bersama foto dia menjalani latihan bersama skuad buat kali pertama sejak Selasa lalu.

Portugal menentang Sweden pada awal pagi Rabu ini di venue yang menyaksikan kehebatannya ketika saingan peringkat kedua kelayakan playoff Piala Dunia pada 2013.

Ronaldo menjaringkan gol tunggal pada peringkat pertama dan kemudiannya bertukar giliran dengan Zlatan Ibrahimovic meledak gawang pada saingan kedua.

Ronaldo mencipta hatrik di antara minit ke-50 dan 79 manakala bintang Sweden itu meledak dua gol dalam masa empat minit dalam perlawanan yang dimenangi Portugal.

Bintang Juventus berusia 35 tahun itu sudah menjaringkan 99 gol dan kini memburu rekod 109 gol milik Ali Daei dari Iran.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 September 2020 @ 9:43 PM