TOTTI sayang Roma. FOTO Agensi
TOTTI sayang Roma. FOTO Agensi
AFP

LEGENDA Roma, Francesco Totti percaya dia pasti akan kembali bersama kelab yang baharu sahaja bertukar pemilik, menurut akhbar Itali, La Repubblica, hari ini.

Totti, 43, menghabiskan tempoh 24 tahun di kelab sebagai pemain sebelum terbabit dengan pengurusan.

Dia meletak jawatan sebagai pengarah pada Jun 2019 selepas tidak sehaluan dengan pemilik dari Amerika Syarikat, James Pallotta dan pihak pengurusan yang dianggap sering mengetepikannya ketika membuat keputusan.

Tetapi penjualan kelab kepada seorang lagi ahli perniagaan AS, Dan Friedkin mungkin mungkin mengubah hati bekas kapten itu yang kini menjadi ejen pemain.

"Menjadi harapan saya dan Roma akan bertemu semula,'' katanya kepada La Reppublica.

"Tetapi saya tak tetapkan waktu dan tidak akan menunggu ia berlaku dengan hanya duduk di rumah.''

Totti berkata, Friedkin memahami cara pengurusan kelab dengan cepat.

"Di Rome, pemilik mesti berada secara fizikal,'' katanya.

"Pengumuman yang anaknya, Ryan akan tinggal di sini adalah langkah tepat. Pallotta membuat kesilapan kerana dia membuat keputusan berdasarkan laporan.''

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2020 @ 10:18 PM