TOTTI tidak mampu memberi komitmen untuk menghadiri kursus secara kerap. FOTO/AFP
TOTTI tidak mampu memberi komitmen untuk menghadiri kursus secara kerap. FOTO/AFP
AFP

ROME: Pemain legenda AS Roma, Francesco Totti menarik diri daripada kursus kejurulatihan yang patut disertainya, umum Persatuan Jurulatih Itali (AIAC), semalam.

Totti bersara hujung musim lalu selepas 24 tahun beraksi untuk Roma, memegang jawatan pengarah di kelab itu dan memohon untuk menjalani kursus kejurulatihan Lesen B UEFA.

Bagaimanapun, AIAC menyatakan personaliti berusia 41 tahun itu mengubah fikirannya dan memutuskan untuk menangguhkan perancangannya.

TOTTI mengakhiri karier bola sepak pada hujung musim lalu ketika bersama AS Roma. FOTO/AFP
TOTTI mengakhiri karier bola sepak pada hujung musim lalu ketika bersama AS Roma. FOTO/AFP

“Francesco Totti sudah membuktikan beliau seorang juara hebat di luar padang selain di tengah padang,” menurut AIAC dalam satu kenyataan.

“Tidak mampu memberi komitmen untuk menghadiri kursus secara kerap dan tidak mahu mengecewakan rakan sepelatih serta penganjur kursus, beliau menarik diri daripada peluang untuk menjadi seorang bos.

“Kami harap ini hanya bersifat sementara. Sekalipun kecewa dengan keputusan Totti, kami berharap bertemunya lagi selepas ini.”

Tempat Totti dalam kursus itu diambil alih oleh seorang lagi pemain dalam skuad juara Piala Dunia Itali pada 2006, Simone Perrotta.

Bekas kapten Roma itu mahu menghabiskan masanya bersama kelab itu dan keluarganya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Oktober 2017 @ 9:57 AM