ZARCO akan memulakan aksi MotoGP selepas ini dari Pitlane. FOTO AFP
ZARCO akan memulakan aksi MotoGP selepas ini dari Pitlane. FOTO AFP
AFP

JOHANN Zarco akan memulakan perlumbaan MotoGP bermula dari 'pitlane' selepas dia dihukum kerana menunggang dengan cara tidak bertanggungjawab sehingga berlakunya kemalangan membabitkan Franco Morbidelli hujung minggu lalu di Austria.

Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) mengesahkan perkara berkenaan selepas melakukan penilaian semula terhadap insiden berkenaan.

"Selepas penilaian semula terdapat bukti bahawa Johann Zarco mempamerkan tunggangan tidak bertanggungjawab, menyebabkan dia dikenakan penalti. Pelumba kelahiran Perancis itu akan memulakan aksi MotoGP seterusnya dari 'pitlane'," kata FIM dalam satu kenyataan.

Pelumba berusia 30 tahun dari itu bertembung dengan Morbidelli dari Itali di Litar Red Bull Ring Ahad lalu.

Kedua-dua mereka melambung dari motosikal masing-masing hingga ke seberang jalan di kelajuan 300 km/j.

Jentera Morbidelli yang melambung itu hanya beberapa sentimeter melepasi kepala Valentino Rossi mengakibatkan juara dunia sembilan kali dari Itali itu menggeletar dan menjerit jentera Yamaha itu 'hampir membunuhnya'.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2020 @ 12:18 AM