Bekas pemain tengah Bayern Munich dan Liverpool, Dietmar Hamann mencabut undian Liga Europa membabitkan Manchester United. FOTO AFP
Bekas pemain tengah Bayern Munich dan Liverpool, Dietmar Hamann mencabut undian Liga Europa membabitkan Manchester United. FOTO AFP
Reuters

MANCHESTER United akan meneruskan kempen Liga Europa berdepan wakil Bundesliga Austria, LASK bagi peringkat 16 terakhir kejohanan dalam majlis undian yang berlangsung di Nyon, Switzerland, hari ini.

United, yang memenangi kejohanan itu pada musim 2016-17, mara penuh bergaya dengan agregat 6-1 ke atas Club Brugge awal pagi ini sementara LASK mara selepas menyingkirkan AZ Alkmaar.

Wolverhampton Wanderers antara wakil Liga Perdana Inggeris yang tinggal di kejohanan itu akan berdepan Olympiakos Piraeus yang terdahulu menyingkirkan Arsenal dalam aksi sengit masa tambahan untuk mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Inter Milan yang menduduki tangga ketiga dalam pemburuan kejuaraan Serie A, diundi berdepan wakil La Liga, Getafe sementara satu lagi pertembungan membabitkan wakil Sepanyol berdepan Itali menyaksikan Sevilla menentang AS Roma.

Wakil Switzerland, Basel terpaksa menunggu selepas lawan membabitkan Salzburg dan Eintracht Frankfurt terpaksa ditangguhkan berikutan amaran ribut.

Perlawanan pertama peringkat 16 terakhir akan berlangsung pada 12 Mac sementara perlawanan kedua dijadualkan pada 19 Mac ini.

Undian Liga Europa

Istanbul Basaksehir mln Copenhagen

Olympiakos Piraeus mln Wolves

Rangers mln B Leverkusen

VfL Wolfsburg mln Shakhtar Donetsk

Inter Milan mln Getafe

Sevilla mln AS Roma

Eintracht Frankfurt atau Salzburg mln Basel

LASK mln Man United

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Februari 2020 @ 10:55 PM