HENDERSON cemerlang bersama Sheffield United. FOTO Agensi
HENDERSON cemerlang bersama Sheffield United. FOTO Agensi
Agensi

DEAN Henderson memberi kata dua kepada Ole Gunnar Solskjaer dengan menegaskan: "Jadikan saya nombor satu atau lepaskan saya pergi."

Penjaga gol berusia 23 tahun itu yang dipinjamkan ke Sheffield United cemerlang membantu pasukan 'angkatnya' sejak dua musim lalu.

Tetapi dia tidak mahu kembali ke Old Trafford hanya untuk menjadi pilihan kedua di belakang penjaga gol utama, David De Gea.

Beberapa kesilapan tidak sepatutnya oleh penjaga gol Sepanyol itu menyebabkan timbulnya desakan untuk memanggil semula Henderson menggantikannya sebagai penjaga gol utama United.

Chelsea antara pasukan yang memantau situasi di United dengan penuh minat dan dilaporkan sedia menawarkan Henderson gaji dua kali ganda.

Bagaimanapun, United tidak rela kehilangan penjaga gol itu kepada pencabar Liga Perdana sekaligus menyebabkan Solskjaer dalam situasi sukar dengan De Gea telah pun mengikat kontrak enam tahun bernilai £117 juta (RM644.9 juta) tahun lalu.

Solskjaer berdepan kesukaran mempertahankan pemain berusia 29 tahun itu setiap kali melakukan kesilapan. Malah pengurus United itu kehilangan kata-kata selepas kesilapan memalukan De Gea ketika tewas 1-3 kepada Chelsea dalam aksi separuh akhir Piala FA.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2020 @ 6:59 PM