KONTRAK De Gea berakhir 2020.
KONTRAK De Gea berakhir 2020.
Agensi

PENGENDALI sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berkata, kelab berusaha memastikan David De Gea kekal di Old Trafford tetapi menegaskan masa depan penjaga gol itu di luar bidang kuasanya.

Kontrak penjaga gol Sepanyol itu tamat 2020 tetapi United masih belum mencapai persetujuan mengenai kontrak baru jangka panjang De Gea.

United sedia menawarkan De Gea kontrak baru lima tahun tetapi termanya belum dimuktamadkan dengan kontrak pemain berusia 28 tahun itu memasuki tahun akhir pada musim panas ini jika kebuntuan berterusan.

"Tiada perkembangan terbaru daripada saya,” katanya kepada wartawan hari ini. "Kelab dan David masih dalam proses rundingan. Harap mereka dapat mencapai persetujuan dan ia bukan di tangan saya tetapi saya pasti kami akan melakukan apa yang boleh kami buat.”

"David cukup fantastik sejak datang ke sini, kelab menunjukkan betapa mereka memerlukannya ketika Eric [Steele] dan pengurusan bertemunya.

"Mungkin terdapat penjaga gol lain lebih baik ketika itu tetapi kepercayaan dan keyakinan pengurus dengan memberi kritikan pada musim pertamanya dibalas dengan peningkatan prestasi.”

"Dia menjadi pemain tahunan terbaik yang saya tak ingat sudah beberapa kali. Kami bersyukur mendapat Ge Gea. Selepas itu kami mendapatkan Sergio [Romero] dan Lee [Grant] - dua lagi penjaga gol yang hebat. Saya fikir pengurus lain juga sama pendapat dengan saya.”

Sementara itu, Solskjaer berkata, Antonio Valencia mesti meningkatkan tahap kecergasan sebelum kelab menawarkan kontrak baru kepadanya.

Tetapi Solskjaer yakin kapten berusia 33 tahun yang sudah beraksi 350 perlawanan bersama United sejak tiba dari Wigan pada 2009 beroleh kontak baru jika dia mampu pulih daripada kecederaan otot betis yang dialami ketika United menang di Newcastle pada 2 Januari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mac 2019 @ 8:26 PM