SIGURDSSON (dua kiri) meraikan gol dijaringkan rakan sepasukan, Calvert-Lewin sebelum ia dibatalkan oleh pengadil. FOTO Reuters
SIGURDSSON (dua kiri) meraikan gol dijaringkan rakan sepasukan, Calvert-Lewin sebelum ia dibatalkan oleh pengadil. FOTO Reuters
Agensi

MANCHESTER United (MU) menjadi pasukan paling banyak memenangi keputusan Video Bantuan Pengadil (VAR) pada saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

The Sun melaporkan United memenangi lapan keputusan VAR memihak kepada mereka dengan terbaru ketika seri 1-1 dengan Everton di Goodison Park yang menyaksikan Toffees sangat kecewa gagal meraih kemenangan.

Dominic Calvert-Lewin berasakan dia sudah berjaya menjaringkan gol lewat permainan tetapi ia tidak dikira selepas rakan sepasukan, Gylfi Sigurdsson didapati mengganggu pandangan penjaga gol United, David De Gea.

Calvert-Lewin umpama tidak mempercayai keputusan yang diputuskan oleh pengadil perlawanan.

Skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer juga menyaksikan keputusan VAR memihak kepada mereka ketika bertemu Chelsea dan Watford pada saingan liga sebelum ini.

Liverpool menduduki ranking antara paling rendah di sebalik tanpa pagar ‘LiVARpool’ yang digunakan oleh penyokong pihak lawan ke atas skuad bimbingan Jurgen Klopp itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2020 @ 9:54 PM