AKSI antara Barca dan Real Sociedad yang menyaksikan pasukan Catalan itu menang 2-0. FOTO AFP
AKSI antara Barca dan Real Sociedad yang menyaksikan pasukan Catalan itu menang 2-0. FOTO AFP
AFP

Barcelona: Lamine Yamal dan Raphinha menjaringkan gol untuk membolehkan Barcelona menang 2-0 ke atas Real Sociedad, membawa pasukan mereka ke tempat kedua, satu mata di atas pesaing Catalan, Girona.

Kekalahan menjadi halangan buat La Real untuk beraksi di Liga Europa musim depan, menyebabkan mereka berada di tempat ketujuh di belakang Real Betis, yang menang hujung minggu lalu.

Barca yang juga juara musim lalu beraksi tanpa ada sebarang misi penting selain mencari kebanggaan dalam minggu-minggu terakhir kempen yang mengecewakan.

Mereka mahu menamatkan saingan di atas kelab kerdil, Girona yang melonjak musim ini.

Real Madrid mengesahkan kejuaraan mereka selepas Barcelona dikalahkan 2-4 oleh Girona lebih kurang seminggu lalu.

Yamal membuka jaringan selepas 40 minit perlawanan berlangsung dan Raphinha menambah gol menerusi penalti lewat permainan untuk mengesahkan kemenangan.

"La Real adalah pasukan yang hebat, ia adalah kemenangan penting bagi kami, kami mempamerkan permainan yang baik secara umum," kata jurulatih Barca, Xavi kepada Movistar.

Xavi menggantikan pemain pertahanan tengah Uruguay, Ronald Araujo, yang mengalami penurunan prestasi musim ini dan yang dilayangkan kad merah ketika menentang Paris Saint Germain ketika tersingkir di suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Mei 2024 @ 9:39 AM