LEE Hsien Loong. FOTO fail AFP
LEE Hsien Loong. FOTO fail AFP
BERNAMA

Singapura: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, pada Isnin, menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Tharman Shanmugaratnam, memaklumkan beliau dan kerajaannya akan melepaskan tampuk kepimpinan pada Rabu, lapor Xinhua.

Dalam surat berkenaan, Lee menasihati presiden untuk melantik Lawrence Wong bagi membentuk kerajaan seterusnya.

Tharman menerima peletakan jawatan Lee dan berkata, beliau akan melantik Wong sebagai perdana menteri dan menjemputnya membentuk kerajaan baharu.

Gan Kim Yong dan Heng Swee Keat akan menggalas jawatan timbalan perdana menteri dalam kerajaan baharu, umum Wong pada sidang media.

Gan akan kekal sebagai menteri perdagangan dan perusahaan dan menggantikan Wong sebagai pengerusi Penguasa Kewangan Singapura.

Lee dan Teo Chee Hean akan menjadi menteri kanan dalam kabinet baharu, kata Wong yang turut mengekalkan portfolionya sebagai menteri kewangan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Mei 2024 @ 7:46 AM