MBAPPE meraih gelaran pemain terbaik liga Perancis itu buat kali kelima berturut-turut. FOTO AFP
MBAPPE meraih gelaran pemain terbaik liga Perancis itu buat kali kelima berturut-turut. FOTO AFP

Paris: Kylian Mbappe dinobatkan sebagai pemain terbaik Perancis pada pada majlis anugerah di Paris, ketika dia hampir menamatkan tempoh tujuh musim bersama Paris Saint Germain (PSG).

Mbappe, 25, merangkul hadiah untuk pemain terbaik dalam Ligue 1 pada gala Trofi UNFP (Kesatuan Pemain Perancis) buat kali kelima berturut-turut selepas menjaringkan 44 gol dalam semua pertandingan untuk PSG.

Kapten Perancis itu minggu lalu mengesahkan akan meninggalkan PSG pada penghujung kempen apabila kontraknya tamat, dengan Real Madrid dijangka menjadi destinasi seterusnya.

"Halaman yang sudah berubah, satu lagi bab dalam hidup saya yang akan ditutup," kata Mbappe."

"Ligue 1 akan sentiasa mempunyai tempat penting dalam hidup saya. Ia adalah satu-satunya liga yang saya kenali dalam karier saya sehingga kini.

"Saya sentiasa cuba untuk menjadi wakil terhormat liga ini," tambahnya.

"Saya pasti akan merinduinya. Ia adalah sebahagian daripada hidup saya yang akan berakhir. Apa yang akan datang adalah sangat menarik tetapi itu adalah sesuatu yang lain."

Mbappe beraksi dalam perlawanan terakhirnya di laman sendiri untuk PSG hujung minggu lalu dan menjaringkan gol ketika juara itu mengalami kekalahan mengejut 1-3 kepada Toulouse.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Mei 2024 @ 9:50 AM