Hamilton (depan) dan Bottas bersaing merebut petak depan pada sesi kelayakan Grand Prix Hungary. FOTO AFP
Hamilton (depan) dan Bottas bersaing merebut petak depan pada sesi kelayakan Grand Prix Hungary. FOTO AFP
AFP

LEWIS Hamilton memecah rekod litar dan hampir menyamai pencapaian Michael Schumacher untuk satu lagi kejuaraan ketika mengesahkan tempat di petak utama kali ke-90 dalam karier pada Grand Prix Hungary, malam ini.

Juara dunia enam kali itu mencatat masa terpantas satu minit dan 13.447 saat pada percubaan kedua dalam sesi kelayakan untuk menamatkan perlumbaan di depan rakan sepasukan Valtteri Bottas ketika Mercedes menguasai kedudukan di petak hadapan buat kali ke-65.

Ia adalah kejayaan kedua di petak utama bagi Hamilton selepas musim ditangguhkan kerana Covid-19 dan catatannya menyamai Schumacher buat kali ketujuh di Hungaroring di mana dia memburu kemenangan kelapan. Besar kemungkinan nakal menyamai satu lagi pencapaian Schumacher yang mencatat lapan kemenangan di litar sama. Schumacher memenangi lapan kali di Grand Prix Perancis.

"Saya harus memaksa diri," kata Hamilton. "Ia tidak didaftar. Ia agak rendah diri kerana saya bekerja dengan sekumpulan orang yang hebat kerana melakukan tugas yang luar biasa di sini.

"Dan Valtteri tidak membuat ia perkara yang mudah bagi saya. Ia memerlukan kesempurnaan untuk mencatat pusingan perlumbaan seperti itu jadi ini adalah perkara yang membuatkan saya gembira."

Di belakang dua 'black arrows' kontroversi 'pink Mercedes' dari Racing Point berada di tempat ketiga dan keempat dengan Lance Stroll dan Sergio Perez mendahului juara dunia empat kali, Sebastian Vettel dan Charles Leclerc dari Ferrari.

Max Verstappen kecewa di tempat ketujuh buat Red Bull, Lando Norris kelapan di hadapan rakan sepasukan McLaren, Carlos Sainz dengan Pierre Gasly, dalam penyertaan Grand Prix ke-50 dan yang ke-10 buat Alpha Tauri.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Julai 2020 @ 11:06 PM